Monday, 1 April 2013

Pelancaran Bulan Alam Sekitar Tahun 2013


Pelancaran Bulan Alam Sekitar telah berjaya dirasmikan oleh Puan Pengetua Cemerlang SMK Bahang Penampang, Puan Clari @ Clare Sikodol pada 1hb April 2013 semasa perhimpunan mingguan, bertempat di Dewan Terbuka SMK Bahang Penampang. Dengan bertemakan 'Our School, Our Trees, Our Gift to Nature', pelbagai aktiviti, ceramah, pertandingan dan pameran akan diadakan sepanjang bulan April ini. Pelajar-pelajar adalah digalakkan mengikuti aktiviti ini untuk menanam rasa sayang kepada alam sekitar kita ini. Bersama-samalah mencantikkan SMK Bahang Penampang dan seterusnya menyayangi bumi tercinta kita ini.